3 ) PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

 

Pendahuluan

    Latihan industri merupakan sebahagian daripada kursus wajib yang perlu dambil oleh semua pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), setiap pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama satu semester sebelum sijil atau diploma Latihan industri ini dilakukan selama 4 bulan 15 hari difirma atau organisasi yang telah dipilih sendiri oleh pelajar atau yang telah ditetapkan.

   Tujuan sebenar latihan industri ini adalah bagi menyediakan para graduan yang bersedia dan berkemampuan untuk menghadapi kerjaya sama ada dalam bidang akademik mahupun bukan akademik dengan semangat penampilan profesionalisme yang tinggi. 

  Selain itu, memberi pendedahan kepada pelajar situasi sebenar dunia pekerjaan di samping membantu meningkatkan kemahiran sosial pelajar. Sepanjang tempoh latihan, pelajar didedahkan pebagai aktivis-aktivt dalam bidang tugas walaupun bidang tugas tidak dilakukan sepenuhnya oleh pelajar atas sebab tujuan keselamatan, pelajar tetap diberi penerangan dan tunjuk ajar yang jelas dan cukup berguna sebagai pengetahuan am, selain itu, pelajar dapat mempelajari corak pentadbiran dan pengurusan selain didedahkan dengan persekitaran kerja yang sebenar dan dapat mempelajari kemahiran sosial seperti komunikasi dan hubungan sosial.

  Di akhir latihan industri, pelajar d harap dapat mencapai objektif dan memanfaatkan segain imu yang dipelajan dalam menghadapi cabaran era globalisasi dunia hari ini yang semakin mencabar.


Objektif Latihan Industri 

Latihan Industri merupakan satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan Diploma. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum dibenarkan untuk memasuki semester yang berikutnya. Pelajar yang gagal perlu mengulangi semula latihan industri.

 

 

Objektif Latihan Industri adalah seperti berikut:


  • Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan sebenar. 

  •  Untuk menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik semasa pekerjaan Membolehkan pelajar melihat kaitan di antara teori yang dipelajari di kelas dengan kerja-kerja praktikal.  
  • Untuk mengamalkan peraturan - peraturan keselamatan dalam industri.
  •  Untuk meningkatkan amalan berhemah dan bertanggungjawab. 
  • Untuk mengukuhkan keyakinan diri ke alam perkerjaan kelak. 
  • Untuk menyediakan satu laporan latihan industri setelah tamat latihan

Objektif Laporan Latihan Industri 

Setiap pelajar yang sedang menjalani latihan Industri dibekalkan dengan buku laporan harian yang berkaitan dengan latihan industri mereka, bagi pelajar yang telah selesai menjalani latihan industri, pelajar diwajibkan untuk menyediakan satu laporan khas latihan industri, laporan ini adalah berdasarkan kerja yang dilakukan semasa menjalani latihan industri selama satu semester. Antara objektif laporan latihan industri adalah seperti berikut:


Objektif laporan industri adalah seperti berikut:

  • Pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang menjalani latihan Industri dengan lebih efisen dengan mendokumentasikan aktiviti-aktiviti dan gerak kerja semasa menjalankan latihan dilakukan dengan sistematik dan berkesan melalui laporan yang dibuat.
  • Melalui penulisan laporan pelajar boleh menggunakan teknik kerja yang dipelajari sebagai rujukan untuk melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.
  • Laporan yang terperinci disediakan adalah sebagai bukti kepada latihan yang telah dijalankan dengan sempurna mengikut jangkamasa lebih kurang 5 bulan bermula pada 30 November 2015 hingga 15 April 2016 seperti yang ditetapkan oleh pihak Politeknik.
  • Laporan ini juga sebagai bahan penilaian untuk latihan yang telah dijalani oleh pelajar dan pemarkahan laporan ini akan diberikan setelah laporan disemak sepenuhnya oleh pensyarah.
  • Untuk memupuk semangat di dalam diri pelajar dan sikap tanggungjawap dalam melaksanakan setiap tugas yang diberikan bagi memenuhi kehendak firma dan politeknik. Dimana pelajar dapat belajar untuk memikul sendiri tugas yang diamanahkan dengan baik

Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar 

Setiap pelajar yang mengikuti Pengajian di Politeknik Kementerian Pengajan Tinggi Malaysia, telah diwajibkan untuk menjalani latihan industri selama satu semester, bagi pelajar yang mengambil Diploma, mereka akan menjalani latihan Industri pada semester yang keenam. Latihan industri diwajibkan kepada sesiap pelajar sebelum melayakkan mereka untuk di anugerahkan Diploma tersebut.

Kepentingan latihan industri kepada pelajar ialah untuk mendedahkan kepada pelajar suasana kerja yang sebenar, sebelum mereka melangkah kealam pekerjaan yang sebenarnya pendedahan awal seperti menjalani latihan industri dapat memantapkan jati diri pelajar, selain dapat memberi semangat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian mereka sehingga tamat dan memperolehi sil atau diploma mereka

Setelah menjalani latihan industri, pelajar akan lebih yakin dan mengetahui persekitaran kerja yang sebenar, ini dapat membantu pelajar untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari di dalam bilk kuliah atau bengkel pada kehidupan yang sebenar. Dengan cara ini akan dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman pelajar itu sendiri.


No comments:

Post a Comment

E-PORTFOLIO

 SYAIFUL'S PORTFOLIO   CHANNEL BUMPER  Week 5 to week 7 Muhammad Syaiful Aslam Bin Ahmad Pisor (284744) Graphic and Computer Animati...