2) PENGHARGAAN

 Syukur  Alhamdulillah, segala pujian dipanjatkan kepada Allah S.W.T setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada pengurus  Omni Creative Sdn Bhd. iaitu Encik Ridzal Ahmad kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri selama 4 bulan 16 hari  di syarikat mereka. Jutaan terima kasih diucapkan di atas keperihatinan mereka untuk mengambil pelajar-pelajar IPT seperti saya untuk menjalankan latihan industri di syarikat mereka.

 

         Kerjasama daripada pihak Omni Creative khasnya kepada semua kakitangan sepanjang saya menjalani latihan di syarikat ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah banyak membantu saya sepanjang tempoh latihan industri saya di produksi tersebut, semua tunjuk ajar, kerjasama dan teguran yang diberi sepanjang saya menyiapkan  tugasan-tugasan yang diberikan dapat diterima dengan baik. Tanpa tunjuk ajar daripada mereka, saya tidak mungkin dapat menjalankan tanggungjawab saya dengan baik dan hasil kerja saya juga mungkin tidak berkualiti.

 

        Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada yang tidak terhingga kepada pihak Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, khususnya pensyarah di Jabatan Rekabentuk dan Visual, jasa kalian tidak akan dilupakan & Allah S.W.T saja akan membalasnya. Tidak lupa juga kepada keluarga tersayang yang sentiasa mendorong dan galakkan untuk saya terus belajar. Dengan berkat serta dorongan daripada mereka saya telah berjaya menjalani latihan ini dengan jayanya.

 

         Saya berharap agar segala yang saya pelajari ini akan kekal di dalam ingatan saya untuk selama-lamanya. Hanya Allah S.W.T yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan semua kakitangan Omni Creative Sdn Bhd dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang banyak membantu saya sepanjang tempoh saya menjalankan Latihan Industri di firma ini.

No comments:

Post a Comment

E-PORTFOLIO

 SYAIFUL'S PORTFOLIO   CHANNEL BUMPER  Week 5 to week 7 Muhammad Syaiful Aslam Bin Ahmad Pisor (284744) Graphic and Computer Animati...